Add to favourites
News Local and Global in your language
22nd of July 2018

Malaysia



Peruntukan kesihatan: Untuk memupuk usahawan bumiputera atau merawat Rakyat Marhaen? - Aliran

Patients waiting even during the lunch hour at the BM General Hospital: the needs of local patients are often overlooked

Dua tahun lalu, Jeyakumar Devaraj telah mengemukan soalan mengenai peruntukan untuk bajet Kementerian Kesihatan sebanyak RM23.5bn – tetapi siapa yang menraih keuntungan dari peruntukan yang besar ini?

Mengenai isu kekurangan dana untuk Kementerian Kesihatan, saya ingin tanya – adakah prosedur perolehan yang digunapakai sekarang untuk perolehan ubat, barangan medikal dan juga perkhidmatan sokongan merupakan punca utama bajet kementerian tidak mencukupi?

Umpamanya RM1.6bn diperuntukkan untuk membeli ubat untuk hospital-hospital kerajaan pada tahun 2016. Apakah nilai sebenar ubat yang diperolehi dengan RM1.6bn itu? Kerana jika bekalan ubat dibeli melalui syarikat-syarikat pembekal berdaftar dengan Kementerian Kewangan maka kos ubat ini adalah lebih tinggi daripada kos ubat yang diperolehi dari kedai farmasi swasta yang lain. Tetapi kos ini boleh dikurangkan bila sebuah syarikat membeli dengan kuantiti yang besar. Maka syarikat yang pembekal kerajaan ini dengan mudah menikmati kadar keuntungan yang tinggi.

Bila kita tengok bajet Kementerian Kesihatan – RM23.5bn. Tetapi bukan semua jumlah ini digunakan untuk menjaga pesakit. Sebahagian besar daripadanya sebenarnya digunakan untuk menjana pasaran kepada pembekal-pembekal dan kontraktor bumiputera yang terpilih. Daripada RM23.5bn, RM8.6bn adalah untuk perolehan perkhidmatan dan bekalan yang diperolehi melalui perniaga bumiputera. Berapakah ketirisan yang berlaku kepada bajet kesihatan kerana polisi ini?

Umpamanya, RM2bn akan digunakan tahun 2017 untuk membayar tiga buah syarikat swasta yang membekalkan lima perkhidmatan sokongan di hospital-hospital umum – seperti dobi kain, pembersihan hospital dan lain. Tetapi jika lima perkhidmatan sokongan ini dilaksanakan secara dalaman “in-house” (dengan kakitangan kerajaan) mungkin kementerian boleh menjimatkan RM0.5bn.

Jadi saya ingin tanya menteri, berapakah bahagian daripada bajet kesihatan yang digunakan untuk memupuk usahawan bumiputera?

Saya tidak bantah bahawa kerajaan ada tugas untuk membina usahawan bumiputera. Pemerkasaan usahawan bumiputera harus diletak sebagai satu antara agenda ekonomi negara. Tetapi kita harus sedar bahawa apabila kita mengunakan bajet kesihatan untuk membina usahawan bumiputera, perkhidmatan perubatan untuk golongan B40 kita – dan majoritinya juga kaum bumiputera dari golongan berpendapatan rendah itu – juga terjejas. Kita mesti sedar akan ini.

Pencelahan ini dibuat semasa perbahasan YB Klang pada 15 November 2016 kerana Jeyakumar tidak dapat peluang berbahas.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Read More




Leave A Comment

More News

Aliran

Free Malaysia Today

BH Online - Terkini

theSundaily.my Local News

Disclaimer and Notice:WorldProNews.com is not the owner of these news or any information published on this site.